APLIKASI ATAS TALIAN

Kata-Kata Aluan Tuan Pengetua

Cetak
Kategori: Sample Data-Articles Dicipta: Isnin, 29 Julai 2019 Terakhir dikemaskini: Isnin, 29 Julai 2019 Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2019 Ditulis oleh zackyboyz

 

Kata alu-aluan Pengetua

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pembelajaran masa kini amat berbeza jika dibandingkan dengan masa dahulu. Evolusi dalam Sistem Pendidikan Negara pastinya memberi impak yang besar kepada kehidupan masyarakat pada masa kini dan masa hadapan. Peluang kepada pelajar menggunakan medium baru dalam pembelajaran sudah tentu akan memberi keseronokan kepada mereka untuk terus bersaing secara positif.

Virtual Learning Enviroment (VLE) merupakan satu medan atau platform pembelajaran maya yang boleh merangsang minda dan cara berfikir para pelajar untuk mencipta kreativiti menerusi pembelajaran kendiri berdasarkan kebolehan yang dimiliki ke tahap yang lebih tinggi. Inisiatif yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berterusan untuk mempertingkatkan proses pembelajaran melalui Google Classroom dan Microsoft 365 sudah pasti memupuk minat para pelajar mempertingkatkan tahap kecekapan dan kemahiran mereka secara kolaboratif.

Sehubungan dengan itu, melalui VLE ini pastinya akan membina rangkaian komuniti maya (cyber society) khasnya dalam sistem pembelajaran dan merupakan dimensi baru dalam dunia pendidikan. Namun demikian, disiplin didi, nilai-nilai murni dan etika yang berkaitan norma kehidupan manusia perlu dipatuhi dengan bertunjangkan agama agar nilai-nilai kemanusian sejagat tetap utuh tanpa melibatkan keruntuhan moral di kalangan para pelajar.

Oleh hal yang demiian, para pelajar boleh menyimpan fail-fail di dalam Microsoft One Drive dan Google Drive, berkomunikasi atau berkongsi idea dan pandangan dengan rakan-rakan skelas atau guru melalui forum. Pihak ibu bapa juga boleh mendapatkan ID untuk mengikuti segala perkembangan yang berlaku di sekolah, kegiatan yang dijalankan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan lain-lain informasi terkini. Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini akan memudahkan para pelajar untuk terus mempertingkatkan sistem pembelajaran mereka secara optimun dan terancang selaras dengan keperluan dan tuntutan semasa

 

'SMK Tun Perak Terus Gemilang'

 

Sekian , terima kasih.

 

HJ RAZALI BIN SUDIN
Pengetua,
SMK tun Perak
Muar, Johor
Hit: 117

PENAFIAN


~Pihak SMK TUN  PERAK MUAR, JOHOR adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat dan bahan multimedia yang diperolehi dari laman web ini.~

~Diselenggara oleh unit ICT SMK TUN PERAK MUAR, JOHOR.~
~HAKCIPTA TERPELIHARA SMK TUN PERAK MUAR, JOHOR. 2019~

Jumlah Pelawat

327316
Hari IniHari Ini337
SemalamSemalam2018
Minggu IniMinggu Ini337
Bulan IniBulan Ini12884
All_DaysAll_Days327316
IP anda3.229.122.219
Ahli 0
Pelawat 12
Ahli berdaftar 3
Online
-