APLIKASI ATAS TALIAN

SMK Tun Perak Mengekalkan Kejuaraan Sepak Takraw B15

Cetak
Kategori: Sample Data-Articles Dicipta: Selasa, 30 Januari 2018 Terakhir dikemaskini: Selasa, 30 Januari 2018 Diterbitkan: Selasa, 30 Januari 2018 Ditulis oleh Super User

PAGOH 24-25 Jan. SMK Tun Perak telah menyertai Kejohanan Sepaktakraw MSSD Muar bagi kategori Bawah 15 & Bawah 18 Tahun bertempat di Kompleks Sukan Pagoh. Dalam kategori B15 pasukan Tun Perak telah mendapat Johan, manakala bagi kategori B18 pasukan Tun Perak mendapat tempat ke3. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemain- pemain dan jurulatih yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sehingga merangkul kejuaraan.
Pemain B15 tahun SMK Tun Perak telah menewaskan pasukan dari SMK Sultan Alauddin Pagoh pada perlawanan akhir seterusnya mendapat johan dan merangkul hadiah berupa sijil penyertaan&kemenangan, pingat dan piala pusingan.
Bagi B18 pula saingan pasukan SMK Tun Perak terkandas di peringkat separuh akhir apabila tewas kepada Kolej Vokasional Muar. Walaubagaimanapun pasukan ini menebus kekecewaan apabila mendapat tempat ke 3 dengan menewaskan Smk Tengku Mahkota pada penentuan tempat ke3 & ke4.

Hit: 897

PENAFIAN


~Pihak SMK TUN  PERAK MUAR, JOHOR adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat dan bahan multimedia yang diperolehi dari laman web ini.~

~Diselenggara oleh unit ICT SMK TUN PERAK MUAR, JOHOR.~
~HAKCIPTA TERPELIHARA SMK TUN PERAK MUAR, JOHOR. 2019~

Jumlah Pelawat

301756
Hari IniHari Ini996
SemalamSemalam1575
Minggu IniMinggu Ini3820
Bulan IniBulan Ini20641
All_DaysAll_Days301756
IP anda18.207.132.114
Ahli 0
Pelawat 13
Ahli berdaftar 3
Online
-