APLIKASI ATAS TALIAN

SEJARAH SMKTP

Cetak
Kategori: SEJARAH SEKOLAH Dicipta: Isnin, 14 April 2014 Terakhir dikemaskini: Selasa, 05 Mac 2019 Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 Ditulis oleh Super User

SEJARAH SEKOLAH

 

          Sejarah sekolah ini bermula sejak tahun 1964 apabila sekolah ini digunakan secara rasminya. Pembinaan bangunan sekolah ini dimulakan pada tahun 1961 dan kerja pembinaannya siap dalam tahun 1963. Lokasi sekolah ini terletak di Jalan Salleh iaitu kira-kira lima kilometer dari pusat Bandar Maharani. Sekolah ini betul – betul berada di sempadan kawasan bandaran Bandar Maharani mengarah ke timur laut.

 

          Tujuan pembinaan sekolah ini pada awalnya adalah bagi menyediakan tempat belajar bagi murid-murid yang melanjutkan pelajaran di  bawah Sistem Sekolah Lanjutan dengan pengantar  Bahasa Malaysia. Sistem Sekolah Lanjutan adalah menampung murid-murid darjah enam yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah kerana gagal dalam peperiksaan masuk sekolah menengah. Walau bagaimana pun apabila bangunan sekolah ini disiapkan ianya digunakan untuk pembelajaran murid-murid di bawah sistem Aneka Jurusan.

 

          Penggunaan sekolah ini bermula pada 1 hb. Januari 1965 apabila seramai 517 orang murid dari Sekolah Parit Raja berpindah ke sekolah ini. Bilangan guru pertama sekolah ini seramai 27 orang termasuk 3 orang guru pelatih serrta 3 orang kakitangan pejabat. Encik Hassan bin Othman telah dipertanggungjawabkan sebagai Pengetua pertama sekolah ini.

 

          Di awal pembinaannya sekolah ini diberi nama Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Parit Beting dan telah dirasmikan pada 29hb Julai 1968 oleh Yang Berhormat Encik Khir Johari, Menteri Pelajaran pada waktu itu. Namun begitu pada tahun yang sama nama sekolah ini telah ditukarkan dengan rasminya kepada nama Sekolah Menengah Tun Perak, Muar. Pemilihan nama Bendahara Tun Perak ini adalah berkaitan dengan sejarah Negeri Melaka. Tun Perak merupakan Bendahara Melaka yang termasyhur kerana kebijaksanaan, kegagahan dan keadilannya. Dengan jasa-jasanya dan kebaikan Tun Perak diharap dapat menjadi contoh atau teladan kepada pelajar-pelajar sekolah ini.

 

          Sekolah Menengah Tun Perak telah menerima bangunan-bangunan tambahan dari setahun ke setahun iaitu bagi menampung pelajar-pelajar yang datang dari kampung-kampung berdekatan, Bakri, Bukit Pasir, Kawasan Pagoh dan Lenga. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan bangunan asrama sejak tahun 1968. Pembinaan asrama ini telah memberi kemudahan kepada pelajar yang tinggal berjauhan dan pelajar-pelajar dari negeri Sabah dan Sarawak.

 

          Pada tahun 1966 seramai 135 orang pelajar kumpulan pertama sekolah ini telah menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ( SRP ). Seramai 46 orang pelajar lulus dengan pangkat A, 3 orang pangkat C dan peratus kelulusannya hanya 36.6 peratus. Pada tahun 1968 pula kumpulan pertama seramai 86 pelajar sekolah ini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan peratus kelulusannya adalah 30.6%

 

          Bagi menjalin kerjasama yang erat di antara pihak guru, ibu bapa dan Kementerian Pendidikan serta wakil Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sekolah ini telah menubuhkan Jemaah Lembaga Pengelola Sekolah sejak tahun 1968 dan pengerusi pertamanya ialah Yang Berhormat Dato Hj. Othman bin Hj. Mohd.Saat, Menteri Besar Johor. Pada 20 November 1975 pula, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan dengan pengerusi pertamanya Tuan Hj. Ithnin Bin Tengah dan seramai 15 orang ahli jawatankuasa telah dilantik.

 

          Kini Sekolah Menengah Tun Perak telah berkembang dengan pesat. Pada tahun 1985 sekolah ini telah menerima pelajar-pelajar tingkatan enam aliran Sastera. Pelajar – pelajar ini datang dari kawasan berdekatan dan dari kawasan yang jauh iaitu dari Pagoh, Lenga dan Kundang Ulu. Dengan adanya penempatan pelajar tingkatan enam ini menjadikan sekolah ini dinaikkan taraf ke Sekolah Menengah Gred A.

 

          Setelah 45 tahun usianya, sekolah ini telah diterajui oleh 7 orang pengetua iaitu En.Hassan bin Othman ( 1965 – 1979 ), Tuan Hj. Hashim bin kahat ( 1980 – 1986 ), Tuan Hj.Hussein bin Markom (1986 – 1991 ), Tuan Hj. Haron bin Musa ( 1991 -1995 ), Tuan Hj Seniwal bin Haron ( 1995 – 2003 ), Tn.Hj.Sulaiman bin Abd.Samad (2003 – 2008 ) ,Tn. Hj.Azman b Jaffar ( 2008 hingga 2011 ), Pn Hjh Rohanah binti Yahya (2011- 2013) dan Tn Hj Ibrahim Bin Kadir (2013 hingga kini). Bilangan pelajarnya juga bertambah sehingga 1700 orang pelajar yang belajar dari Tingkatan Peralihan hinggalah ke Tingkatan Enam Atas.

 

 BARISAN PENGETUA-PENGETUA SMK TUN PERAK DARI 1965 SEHINGGA KINI

 

Hit: 3483

PENAFIAN


~Pihak SMK TUN  PERAK MUAR, JOHOR adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat dan bahan multimedia yang diperolehi dari laman web ini.~

~Diselenggara oleh unit ICT SMK TUN PERAK MUAR, JOHOR.~
~HAKCIPTA TERPELIHARA SMK TUN PERAK MUAR, JOHOR. 2019~

Jumlah Pelawat

229495
Hari IniHari Ini488
SemalamSemalam1749
Minggu IniMinggu Ini3064
Bulan IniBulan Ini21898
All_DaysAll_Days229495
IP anda34.239.158.107
Ahli 0
Pelawat 12
Ahli berdaftar 3
Online
-