Laman Utama
Pengumuman Keputusan STPM Penggal 1/2019
03/03/2020 (Selasa) : Pengumuman Keputusan STPM Penggal 1 telah dilaksanakan di Dewan Seminar Tingkatan 6 SMK Tun Perak. Tahniah kepada semua pelajar tingkatan 6 SMK Tun Perak.
Pelancaran Program Nilam Dan Google Classroom 2020
02/03/2020 (Isnin) : Majlis pelancaran Program NILAM dan Google Classroom yang gilang gemilang telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Tun Perak, Tuan Haji Razali Bin Sudin.
Sirkit Memanah Remaja Johor 2020
29/02/2020 (Sabtu) : Sirkit Memanah di Pontian telah disertai oleh 2 orang pelajar Asrama SMK Tun Perak.Pasukan Memanah Daerah Muar ini dibawah kelolaan Pn Fazliza, ibu kepada pelajar yang terlibat. Tahniah kepada pelajar tersebut iaitu Nur Aisyah bt Mohammad Farid Shah dari Tingkatan 2 dan Siti Hajar Daud dari Tingkatan 5 kerana berjaya meraih pingat Emas dalam sirkit tersebut. Kejayaan yang dicapai adalah hasil penglibatan ibubapa dan komuniti sekaligus ianya dapat mengharumkan nama sekolah.
Sirkit Remaja Siri 1 Petanque Johor 2020
29/02/2020 (Sabtu) : Pingat Perak diraih oleh 2 orang pelajar SMK Tun Perak dalam Sirkit Remaja siri 1 di pontian baru-baru ini.. Tahniah diucapkan kepada pelajar tersebut iaitu Suhaimi dan Megat.. Tahniah juga kepada Jurulatih mereka iaitu En. Zainal Abidin Bin Ali
Kejohanan Squash MSSJ 2020
27/02/2020 (Khamis) : KEJOHANAN SQUASH MSSJ telah berlangsung dari 25-27 Feb 2020 di UTM Skudai, Johor.. Dua orang pelajar SEMARAK telah berjaya meraih pingat PERAK melalui Ketegori P18 iaitu Nur Hanani 5GM
dan Aimuni Aini 4GM.. Tahniah diucapkan kepada guru pengiring dan pelajar ini atas pencapaian yang membanggakan warga SEMARAK
Kejohanan Olahraga MSSD Muar 2020
27/02/2020 (Khamis) :Pada 23-27 Feb 2020 telah berlangsung Kejohanan Olahraga MSSD Muar di Stadium Sultan Ibrahim, Muar.. Para atlet SEMARAK telah menunjukkan kemampuan mereka untuk bersaing diperingkat daerah dengan jayanya..
Berikut ialah keseluruhan pungutan pingat SEMARAK tahun 2020
6 emas
6 perak
6 gangsa
Tahniah kepada para jurulatih, pengurus pasukan, atlet dan seluruh warga SEMARAK atas usaha dan sokongan.. satu pencapaian yg membanggakan
PENAFIAN
~Pihak SMK TUN PERAK MUAR, JOHOR adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat dan bahan multimedia yang diperolehi dari laman web ini.~
Jumlah Pelawat
![]() | Hari Ini | 248 |
![]() | Semalam | 557 |
![]() | Minggu Ini | 1269 |
![]() | Bulan Ini | 12794 |
![]() | All_Days | 684759 |