Laman Utama
Taklimat Kolej Vokasional Muar 2020
04/02/2020 (Selasa) : Taklimat kemasukan tahun 2020 ke Kolej Vokasional telah diadakan di War Room. Sasarannya kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 yang berminat dalam kemahiran.
SAMURA National Football Championship 2020
02/02/2020 (Ahad) : Tahniah kepada Skuad Pelapis Bola Sepak SMK Tun Perak B14 kerana mendapat tempat ke-3 dalam SAMURA National Football Championship bertempat di SM Sains Muar,Tangkak.Muhammad Amsyar Danish Bin Mohd Sani,13 tahun telah menjadi penjaring terbanyak dengan jumlah jaringan sebanyak 7 gol. Tahniah pengurusan Kelab Bola Sepak SMK Tun Perak, Pengurus dan Jurulatih. Semoga kemenangan ini menjadi pencetus semangat dan dapat mencungkil bakat yang ada untuk diserapkan dalam Akademi Bola Sepak SMK Tun Perak.
Kejohanan Squash MSSD Muar 2020
30/01/2020 (Khamis): Tahniah kepada SMK Tun Perak kerana berjaya menganjurkan Pertandingan Squash MSSD Muar pada 29-30/01/2020 di Matrikulasi Johor,Tangkak. SMK Tun Perak berjaya menjadi Johan dan Tempat ke-3 bagi kategori P18,Tempat Ke-4 bagi kategori L18 dan tempat ke-3 bagi kategori L15.Syabas dan tahniah kepada semua pemain,jurulatih dan urusetia. Liputan penuh boleh layari laman FB rasmi SMK Tun Perak atau
KEJOHANAN RUGBI MSSD MUAR 2020
30/01/2020 (Khamis) : Kejohanan Rugbi MSSD Muar 2020 telah diadakan di padang sekolah MRSM Muar. Tahniah pasukan Rugbi Tun Perak Phyton kerana berjaya meraih tempat ke-4 dalam Kejohanan Rugbi Mssd Muar 2020
Sekalung penghargaan kepada Pengurus/Jurulatih (Cikgu Jaffar B Abdul Rahman),Penolong Pengurus (Cikgu Mohd Anuar B Abd Aziz) dan Guru pengiring (Cikgu Khairul Anuar B Rosli)
KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD MUAR 2020
30/01/2020 (Khamis) : Kejohanan Merentas Desa MSSD Muar 2020 telah berlangsung di SMK Lenga, Pasukan SMK Tun Perak telah menghantar penyertaan dan mendapat pingat seperti berikut:
Pungutan pingat:
P18
Siti nur amira bt muhammad
L18
Muhd haziq zikry
P15
Nur balqish bt suhadi
L15
Muhammad izzat b. Eman
Muhammad huzaimi b. Isnin
Tempat ke 3 berpasukan L15
Tempat ke 3 berpasukan L18
Tahniah diucapkan kepada Pengurus (Cikgu Nor Lila Bte Musiran),Jurulatih (Cikgu Ishatun Shafian B Ithnin),Guru pengiring (Cikgu Shahrizan B Abdullah dan Cikgu Kamal Hisham B Jais) dan peserta.
Rombongan pelajar asrama SMK Tun Perak ke Utara Semenanjung Malaysia
24/01/2020 (Jumaat) : Rombongan pelajar asrama SMK Tun Perak ke Cameron Highland, MAPS dan UPSI pada tahun ini.
PENAFIAN
~Pihak SMK TUN PERAK MUAR, JOHOR adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat dan bahan multimedia yang diperolehi dari laman web ini.~
Jumlah Pelawat
![]() | Hari Ini | 195 |
![]() | Semalam | 557 |
![]() | Minggu Ini | 1216 |
![]() | Bulan Ini | 12741 |
![]() | All_Days | 684706 |